Kursus Asas Pasukan Keselamat Kebakaran (ERT) melibatkan 30 orang pegawai ERT ILPPG dengan tenaga pengajar terdiri daripada pegawai-pegawai dari Balai Bomba & Penyelamat Pasir Gudang telah diadakan di ILP Pasir Gudang. Kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan asas dalam menguruskan kecemasan bagi memastikan anggota ERT yang dilantik mempunyai tahap kesiapsiagaan yang mantap.
Kursus dijalankan secara teori dan amali di mana semua pegawai diajar asas keselamatan kebakaran, tatacara menyelamat, penggunaan alat pemadam kebakaran dan hos reel dengan betul. Pegawai juga perlu mengendalikan sendiri simulasi kebakaran untuk memastikan setiap ilmu yang dipelajari dapat diaplikasi dengan baik.