ILP Pasir Gudang telah menjemput Encik Azmi bin Mustaffa dan Encik Wan Hamda bin Wan Hussin dari ILP Kuala Terengganu untuk berkongsi kepakaran dengan pengajar ILP Pasir Gudang berkaitan tatacara mengenalpasti kerosakan mesin kimpalan yang terdapat di bengkel Fabrikasi Struktur Logam dan juga bengkel Kimpalan Arka dan Gas.
Kursus ini diadakan bertujuan melatih pengajar ILP Pasir Gudang terutamanya pengajar Bengkel Fabrikasi Struktur Logam, Kimpalan Arka dan Gas serta Penyenggaraan Mekanikal dalam mengenalpasti dan membaiki kerosakan mesin latihan secara kendiri. Sepanjang 4 hari kursus berlangsung, 15 mesin-mesin kimpalan dan 1 mesin gerudi yang rosak di ILP Pasir Gudang dibuka untuk mengenalpasti punca kerosakan sebenar dan 4 daripada mesin kimpalan, 1 mesin gerudi tersebut berjaya diperbaiki dan dapat digunakan semula.