Bahagian Teknologi Penyenggaraan Mekanikal telah menganjurkan Kursus Engine Diesel & Online Monitoring di bawah Program Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran Pengajar JTM 2024 (Industry Forward) kepada pengajar Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal) dan pengajar-pengajar Teknologi Penyenggaraan Mekanikal ILJTM serta mana-mana pengajar yang berkaitan dengan bidang khususnya bidang Automotif. Kursus ini dijalankan secara bersemuka di Bilik Kuliah 1 dan Ruang Kerja 2, Bahagian TPM dan disampaikan oleh tenaga pengajar pakar yang dilantik. Antara justifikasi mengadakan kursus adalah untuk memberi nilai tambah kepada Modul Enjin Diesel bagi memastikan pembelajaran modul ini mengikut peredaran semasa.