07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG telah menjalankan ‘Prowess Programme @ ILPPG’ sepanjang minggu pertama bulan Mei 2024. Antara matlamat utama program ini ialah untuk membina sahsiah diri di kalangan para pelajar. Antara program yang dijalankan ialah :

1. Program r-QUIT

Program ini dijalankan di sepanjang bulan Mei 2024 sebagai salah satu usaha MPP bagi membantu pelajar-pelajar perokok tegar di dalam mengekang ketagihan rokok mengikut kaedah spiritual. Para perokok tegar diberikan motivasi dan kaedah untuk membebaskan diri daripada ketagihan merokok. Antara kaedah yang dilakukan ialah berbekam. Para perokok tegar akan dibekam mengikut kaedah-kaedah tertentu dan ianya diakui mampu menghilangkan ketagihan rokok bahkan dapat membaiki tubuh badan perokok yang rosak.

2. BENGKEL BEDAH SIASAT SOLAT (5 Mei 2024)

Matlamat program ini ialah untuk memberikan pencerahan tentang permasalahan makmum muafik yang tidak sempat menghabiskan bacaan Fatihah bersama dengan imam dan penghuraian masalah-masalah berkaitan solat berjemaah.

3. PROGRAM PEMBANGUNAN MUKMIN PROFESIONAL

Program ini dianjurkan untuk memberikan motivasi dan semangat kepada para pelajar dalam merebut peluang yang ada di dunia tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Kebanyakan penceramah yang dijemput berkerjaya dalam bidang profesional dan turut menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. Program ini dianjurkan secara berkala setiap hari Isnin.

4. PROGRAM Q&A (7 Mei 2024)

Program berbentuk sesi soal jawab yang dikhususkan kepada persoalan-persoalan konflik dalaman seperti permasalahan jerat percintaan, krisis keluarga, kemurungan dan sebagainya. Para peserta yang mengajukan soalan dan perkongsian diberikan cenderahati.

5. MOTIVASI INSAN CEMERLANG (8 Mei 2024)

Program ini bertujuan menyedarkan para pelajar akan matlamat hidup yang sebenar berpaksikan ajaran agama. Dengan berbantukan rajah kehidupan, para pelajar dapat menyedari betapa singkatnya umur dan perlu mengambil tindakan segera untuk mengubah cara hidup dengan lebih optimum.

6. BENGKEL MASAKAN BARAT ‘PART 1’ (10 Mei 2024)

Program ini dijalankan sebagai usaha pihak MPP untuk mempelbagaikan ilmu di kalangan pelajar di samping dapat mengisi masa lapang di hujung minggu. Menu masakan ‘spaghetti’ dipilih sebagai menu pembelajaran pada kali ini. Bengkel dikendalikan oleh saudara Muhamad Ridzuan Iskandar Fadhil yang berpengalaman bekerja di dalam bidang masakan.

Skip to content