07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang telah mengadakan sambutan hari raya peringkat institut pada 9 Mei 2024. Sambutan yang melibatkan pegawai dan pelajar telah disambut meriah di Dewan Kuliah Utama ILPPG. Program sambutan dimulakan dengan marhaban di 4 zon yang ditetapkan dan diakhiri dengan marhaban perdana dipimpin oleh Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG. Pertandingan Busana Raya juga mendapat sambutan dan telah dimenangi oleh pelajar dari Kursus Tool & Die, Nurul Firratul Binti Nazri. Persembahan qasidah dari Usrahians ILPPG dan persembahan staf telah memeriahkan lagi sambutan hari raya tersebut. Secara keseluruhannya majlis berjalan lancar dan objektif untuk mengeratkan lagi hubungan pengajar dan pelajar tercapai.

Skip to content