07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Teknologi Penyenggaraan Mekanikal telah menganjurkan Kursus Customised kepada orang awam pada 24 April 2024. Kursus ‘Pengenalan Alat Pengukuran Asas’ ini disertai oleh 12 orang peserta terdiri daripada pelajar lepasan SPM sekitar Pasir Gudang dan dijalankan secara bersemuka di Bilik Kuliah 1, Bahagian TPM. Topik kursus iaitu pengenalan dan penggunaan terhadap alat pengukuran asas seperti pita pengukur, angkup Vernier dan micrometer telah disampaikan oleh tenaga pengajar pakar, Puan Titi Erniey Suryati binti Ahmad secara teori dan amali merangkumi lakaran, membaca ukuran dan mengukur benda kerja dengan kaedah yang betul dan tepat. Kursus ini berjaya mencapai objektifnya untuk memberi pengetahuan dan kemahiran tentang alat pengukuran asas kepada semua peserta kursus.

Skip to content