Wakil pasukan Audit EKSA ILP Pasir Gudang seramai 4 orang pegawai telah dijemput untuk melaksanakan Pra-Audit EKSA di ILP Pedas pada 22 April 2024. Tujuan lawatan Pra-Audit tersebut adalah sebagai persediaan awal ILP Pedas sebelum lawatan pengauditan sebenar oleh pihak MAMPU pada bulan Mei 2024. ILP Pedas sedang menjalani permohonan pembaharuan pensijilan EKSA kali kedua yang telah tamat tempohnya sebelum ini. Hasil lawatan tersebut akan membolehkan kedua-dua institut berkongsi pengalaman dalam proses pengauditan EKSA di institut masing-masing.