07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang telah mengadakan Majlis Serahan dan Perasmian Program ILPPG Prihatin pada 2 April 2024. Objektif program adalah bagi berkongsi rezeki bersama golongan asnaf dan anak yatim untuk sama-sama menyambut syawal yang bakal tiba.

Pengumpulan barangan keperluan bermula 13 Mac 2024 dan serahan sumbangan telah dibuat pada 2 April 2024. Penyumbang terdiri daripada semua kakitangan ILP Pasir Gudang, Syarikat Southern Lion, KSDK, Koperasi ILP Pasir Gudang, Surau Al-Mawaddah, Majlis Pewakilan Pelajar ILPPG, Usrah Huzaifah Ibn Al-Yaman dan orang perseorangan. Majlis Serahan ILPPG Prihatin dirasmikan oleh Yang Berusaha Ts Dr Alina binti Abdul Rahman @Othman.

Sebanyak 50 beg bantuan keperluan asas diserahkan kepada kontraktor kebersihan dan keselamatan. Selebihnya diserahkan kepada Rumah Anak Yatim & Asnaf Halo Prihatin, masjid terdekat serta keluarga kakitangan ILP Pasir Gudang yang memerlukan. Seramai 68 orang asnaf dan anak yatim ILP Pasir Gudang turut menerima sumbangan berupa duit raya hasil kutipan daripada program ini.

Skip to content