07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pihak CESS bersama Ketua Jabatan Mekanikal Pengeluaran, Ketua Bahagian Pembuatan (Pemesinan) dan Ketua Bahagian Pembuatan (Perkakasan – Die) telah mengadakan lawatan ke Syarikat Unijoh Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengeluar alat ganti kenderaan di Kempas Lama pada 28 Mac 2024. Pihak syarikat bercadang untuk menghantar 6 orang pekerja mereka bagi mengikuti kursus Operasi Mesin Larik di ILP Pasir Gudang. Pihak syarikat juga meminta pihak institut menghasilkan fixture untuk kegunaan bahagian pengeluaran. Rombongan lawatan telah dibawa melihat mesin yang digunakan di bahagian tersebut di samping pengoperasian syarikat.

Skip to content