07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Jawatankuasa Surau Al-Mawaddah ILPPG dan Biro Agama KSDK ILPPG telah bekerjasama menganjurkan Program Semarak Ramadan ILP Pasir Gudang pada 27 Mac 2024 (Rabu). Objektif program adalah bagi mengimarahkan Ramadan yang mulia dengan amalan baik di samping mengeratkan tali silaturrahim di kalangan warga ILPPG.

Program dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran di Surau Al-Mawaddah pada jam 8.30 pagi-9.15 pagi. Bacaan ayat suci Al-Quran bermula surah Ad-Dhuha dibacakan oleh wakil pegawai dan kakitangan lelaki setiap bahagian secara bergilir-gilir. Majlis ditutup dengan penyampaian hadiah kepada wakil setiap bahagian oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr. Alina binti A.Rahman @Othman.

Seterusnya pada jam 9.15 -10.30 pagi, Program Bayaran Zakat Fitrah pula mengambil tempat di surau Al-Mawaddah ILPPG. Tuan Hj. Mohd Moheen bin Mohd Ariffin (Amil/Imam Masjid Al-Ittihad Taman Air Biru) dijemput untuk mengutip zakat fitrah pegawai dan kakitangan yang belum membayar zakat fitrah. Serentak dengan itu Program Memasak Bubur Lambuk yang bermula pada jam 9.00 pagi berlansung di pekarangan Dewan Platinum, ILPPG dan diketuai oleh Ustaz Noorazam bin Yaakob. Pada tahun ini, En. Wan Mahmudul Hasan telah dilantik sebagai Ketua Tukang Masak dan dibantu oleh pelajar-pelajar Semester 4 Teknologi Elektrik. Bungkusan dan edaran bubur lambuk kepada pegawai, kakitangan dan pelajar-pelajar ILP Pasir Gudang dibuat jam 2.30 petang.

Acara kemuncak program iaitu Majlis Iftar Perdana dimulakan dengan Bacaan Yassin dan Tahlil serta dimpimpin oleh pelajar-pelajar Usrah Huzaifah Ibn Yaman pada jam 6.30 petang. Diikuti dengan persediaan berbuka puasa. Seramai 160 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan berserta ahli keluarga masing-masing hadir memeriahkan majlis. Antara juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Jawatankuasa Iftar Perdana diketuai oleh Pn. Nurul Hasyimah binti Rasyid ialah Nasi Arab, Bakso, Cheesetart, Popia Sira, Karipap, buah-buahan, Air Teh O Panas dan Air Detox.

Skip to content