07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Mesyuarat penyelarasan berhubung program SOGA 2024 di antara pihak ILP Pasir Gudang, JPDC dan MMHE telah diadakan di pejabat COE MMHE pada 26 Mac 2024. Perbincangan merangkumi tarikh dan kaedah pelaksanaan kursus, serta beberapa perkara lain berkaitan cadangan menjalankan kursus bagi pensijilan CSWIP 3.0 dan CSWIP 3.1 untuk kakitangan MMHE yang berkelayakan. Sesi perbincangan dihadiri oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts Dr Alina binti A. Rahman @ Othman serta 2 orang pegawai Unit CESS dan En Shamsul Nizam bin Abdul Rahman (Pengurus Bahagian Modal Insan, JPD), manakala pihak MMHE diwakili oleh En Mohd Ad Idris (Pengurus Besar Bahagian Sumber Manusia) dan Puan Nurul Nadia Camellia Mustapa (Pengurus Bahagian Kefungsian Sumber Manusia).

Skip to content