Lawatan Penandarasan Pembangunan Portfolio Assessor dan Internal Verifier (IV) telah dilaksanakan oleh pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ke ILP Pasir Gudang pada 19 Mac 2024 dan diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Hisyam bin Mohd Hashim bersama 4 orang pensyarah. Lawatan turut disertai oleh 3 orang pegawai Johore Petroleum Development Corporation (JPDC) bagi sesi perbincangan bersama ILPPG dan UTHM yang dipengerusikan oleh En. Hilmy Hj. Hussain, Naib Presiden Kanan, Ketua Jabatan Pembangunan Tenaga Kerja Industri JPDC.
Pihak JPDC berperanan dalam memantau perkembangan pelaksanaan pensijilan OPITO di peringkat Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Pengajian Tingi (IPT) seluruh Malaysia. Objektif lawatan tersebut adalah bagi melaksanakan penandarasan pembangunan portfolio Assessor dan Internal Verifier (IV) di ILPPG bagi melengkapkan portfolio produk OPITO di kalangan pensyarah UTHM.
Selain itu terdapat sesi perbincangan dan perkongsian isu yang dihadapi oleh ILPPG dan UTHM bersama pihak JPDC semasa proses membangunkan portfolio tersebut. Hasil lawatan tersebut membolehkan pihak ILPPG, UTHM dan JPDC melaksanakan sesi perbincangan berkenaan isu yang dihadapi di peringkat institusi masing-masing semasa melengkapkan portfolio. Pembangunan Portfolio Assessor dan Internal Verifier (IV) OPITO sangat penting bagi kelulusan kriteria 3.2 produk OPITO.