07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Teknologi Instrumen Perindustrian telah menganjurkan kursus Programmable Logic Controller pada 2, 9 & 16 Mac 2024. Kursus ini disertai oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pekerja industri dan dijalankan secara bersemuka di Bilik PLC, ILP Pasir Gudang. Topik kursus termasuk pengenalan kepada PLC, penyambungan Input/Output dan pengaturcaraan PLC dengan menggunakan perisian CX Programmer disampaikan oleh tenaga pengajar pakar, Ts. Mohd Hisham bin Abd Jalil. Kursus ini telah mencapai objektifnya yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran tentang Programmable Logic Controller (PLC) kepada peserta kursus.

Skip to content