Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, YBrs Tn. Shakib bin Ahmad Syakir telah hadir ke ILP Pasir Gudang Kampus Senai pada 18 Mac 2024 bagi menghadiri mesyuarat berkenaan status kemajuan pengoperasian di kampus tersebut. ILP Pasir Gudang telah menerima serahan dan pengambil alihan bangunan serta aset NIOSH Wilayah Selatan pada 7 Mac 2024. Tujuan mesyuarat dan lawatan tapak adalah bagi melaporkan dan membincangkan perkembangan isu terkini berkaitan status bangunan ILP Pasir Gudang Kampus Senai. Hasil daripada perbincangan tersebut terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya penyelenggaraan bangunan kampus sebelum kampus tersebut beroperasi sepenuhnya kelak.