Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) dengan kerjasama ILPPG mengadakan Program Kesedaran Berkesatuan Bersama Pelajar ILP Pasir Gudang pada 7 Mac 2024. Seramai 188 orang pelajar semester akhir telah menyertai program ini bertujuan membuka mata semua pelajar yang bakal bekerja untuk mengetahui hak-hak mereka sebagai pekerja. Kepentingan berkesatuan membantu memelihara nasib mereka dari pihak yang ingin mengambil kesempatan. Program dirasmikan oleh Ts Eza binti Monzaid, Timb. Pengarah Latihan ILP Pasir Gudang. Penceramah jemputan Puan Nurhidayah binti Kamari, Penolong Pengarah JTK Johor turut dijemput bagi menjayakan program ini.