Program ini dianjurkan bertujuan menggalakkan para pelajar solat sunat Dhuha pada waktu rehat minum pagi setiap hari dari jam 9.30 hingga 10.00 pagi. Selepas solat Dhuha, para pelajar akan membaca ayat 1-10 surah Al-Kahfi dan mendengar sedikit nasihat/ motivasi yang disampaikan oleh Encik Noorazam bin Yaakob atau mana-mana pengajar yang berkelapangan. Para pelajar turut dihidangkan dengan jamuan minum pagi.