07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2024 (FLLSPG 2024) Kali ke-26 telah berlansung bermula 24 Februari sehingga 3 Mac 2024, bertempat di Bukit Layang-layang Pasir Gudang. Program anjuran bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Persatuan Pelayang Johor dan Majlis Pelayang Malaysia pada tahun ini bertemakan Budaya Dinamik.

Penglibatan ILPPG dalam festival ini seperti tahun-tahun sebelum dimanfaatkan dengan mempromosikan program latihan TVET melalui reruai pameran, penyertaan pertandingan Rokkaku Challenge peringkat kebangsaan oleh kakitangan ILPPG dan khidmat bantuan petugas padang dari kalangan pelajar. Perbezaan kali ini adalah kejayaan kakitangan ILPPG sebagai Johan di peringkat kebangsaan seterusnya layak masuk ke peringkat akhir bagi peringkat International Rokkaku Challenge.

Skip to content