Seramai 28 orang pelajar Semester Akhir dari Bengkel Teknologi Elektrik ILP Pasir Gudang telah menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di SRK Pasir Gudang 4. Program yang melibatkan kerja-kerja menaiktaraf sistem pendawaian elektrik di perpustakaan sekolah itu bermula dari 26-28 Februari 2024 dengan dipantau oleh 3 org pengajar pengiring. Antara kerja-kerja naiktaraf yang dijalankan ialah:
i. Membuat pendawaian sub DB baru – 1 unit
ii. Membuat pendawaian soket kipas – 1 unit
iii. Membuat pendawaian soket TV – 1 unit
iv. Membuat pendawaian soket Komputer – 10 unit
v. Mengantikan trunking lama bagi suis DB utama – 1 set
