07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Nisfu Sya’ban merupakan hari yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Kita sebagai muslim sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadat dan berdoa kepada Allah.

Menyedari akan kepentingannya, MPP ILPPG telah mengambil inisiatif mengadakan Sambutan Nisfu Sya’ban pada 24-25 Februari 2024. Pada malam Nifsu Sya’ban diadakan bacaan Surah Yasin dan menghabiskan kitab doa Hizbul A’zom. Pada hari berikutnya diadakan bacaan Al Quran secara beramai-ramai yang dipimpin oleh 5 orang pelajar yang mahir Al-Quran.

Setelah selesai, para pelajar didendangkan dengan persembahan qasidah oleh Kumpulan Qasidah ILPPG, diikuti dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan kway teow hailam yang disediakan oleh rakan surau ILPPG.

Skip to content