07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Perhimpunan Pelajar bersama Pengarah Bil. 1/2024 telah diadakan di Dewan Kuliah Utama bermula jam 8.00 hingga jam 9.30 pagi. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi dan bacaan doa seterusnya pembacaan petikan Buku Tatatertib Disiplin Pelajar ILJTM oleh wakil MPP. Kaunselor ILP Pasir Gudang membuat sedikit ulasan berkenaan peraturan yang dibacakan dan memberi nasihat kepada semua pelajar. Penolong Pengarah BPPL turut memberikan ucapan dan peringatan kepada pelajar mengenai perkara-perkara di bawah seliaan BPPL. Majlis disempurnakan dengan ucapan Ybrs. Puan Pengarah yang sangat menitikberatkan pematuhan disiplin di kalangan pelajar bagi memastikan pembelajaran di institut berjalan lancar. Seterusnya, sesi penyampaian sijil penghargaan kepada fasilitator, hadiah LDK MSK Sesi 1/2024, penyampaian Watikah Perlantikan MPP Sesi 1/2024 serta bacaan ikrar MPP.

Perhimpunan Pelajar bersama Pengarah Sesi 1/2024 ditutup dengan sesi libat urus Pengarah ILPPG bersama pelajar berkaitan Sistem Pengurusan E-penilaian Latihan (SPePL). Objektif sesi libat urus ini adalah mengadakan komunikasi dua hala di antara Pengarah dan pelajar-pelajar. Semua pelajar yang membuat penilaian SPePL secara dalam talian telah menilai dari segi kualiti pengajar, pelajaran dan kemudahan yang disediakan. Pelajar juga dilihat berpuashati dengan cadangan pembaikan yang dicadangkan oleh Pengarah ILPPG. Pengarah turut memberi ruang kepada para pelajar untuk berurusan dengan beliau secara terus bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kemajuan ILP Pasir Gudang pada masa akan datang.

Skip to content