07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pengauditan Program VISTA Petronas telah dijalankan di ILP Pasir Gudang pada 21 Februari 2024 oleh 2 orang pegawai dari Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) iaitu En Adam Yusof, Penyelaras Bahagian Program Berasaskan Kompetensi dan En Wan Ahmad Abqari Wan Rosli, Juruteknik Bahagian Pengurusan Program.

Pengauditan dimulakan dengan mesyuarat pembukaan yang dipengerusikan oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts Dr Alina binti A. Rahman @ Othman pada jam 9.00 pagi dan diteruskan dengan sesi semakan fail serta lokasi di mana program VISTA dijalankan. Semakan yang dijalankan merangkumi Skop Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar (HSE), penyelenggaraan peralatan latihan, perlaksanaan latihan dan semakan inventori. Pengauditan berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Skip to content