English Language Society telah mengadakan Bengkel Penulisan Resume untuk pelajar-pelajar semester akhir anjuran bersama Program Seminar Kerjaya Sesi 1/2024 selama 5 hari bermula 12 hingga 16 Februari 2024. Objektif utama bengkel adalah untuk membimbing para pelajar dalam menyediakan resume yang lengkap sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan selepas tamat latihan di ILP Pasir Gudang kelak.
Seramai 191 orang pelajar semester akhir yang mengikuti bengkel ini menunjukkan usaha dan semangat yang sangat baik dalam menyempurnakan resume masing-masing. Selain daripada membantu pelajar menulis resume yang lengkap dan padat, bengkel ini juga mendedahkan para pelajar dengan perincian yang boleh digunakan di dalam Microsoft Word.