07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pengauditan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 2024 ILP Pasir Gudang telah dilaksanakan pada 14-15 Februari 2024 oleh En Sulaiman bin Said, Juruaudit Champion EKSA lantikan MAMPU daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pensijilan EKSA merupakan KPI Pelan Strategik Jabatan Tenaga Manusia 2021-2025, selaras dengan keperluan Teras 3 (Memantapkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan) dan Teras 4 (Meningkatkan Keselamatan dan Kesejahteraan Latihan Kemahiran) Pelan strategik.

Mesyuarat Pengauditan EKSA ILPPG dimulai dengan kata-kata aluan dan pembentangan oleh Pengarah ILP Pasir Gudang Ts. Dr Alina binti A.Rahman @Othman. Sesi pengauditan diteruskan dengan semakan fail-fail aktiviti EKSA dan seterusnya penilaian komponen di setiap zon-zon terlibat. Mesyuarat penutupan pengauditan diadakan pada hari kedua dengan beberapa teguran dan penambahbaikan yang disyorkan oleh juruaudit. Di akhir pembentangan, pihak ILPPG diumumkan layak mendapatkan pensijilan EKSA Tahap Cemerlang oleh juruaudit.

Skip to content