07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Para pelajar perlu dimotivasikan dari masa ke masa bagi mengekalkan dan menyuntik semangat untuk meneruskan pembelajaran di ILPPG. Menyedari kepentingan ini, Majlis Perwakilan Pelajar telah mengambil inisiatif menganjurkan program Inspirasi Kimpalan pada 13 Februari 2024 dengan menjemput bekas pelajar ILPPG (ALUMNI) iaitu Saudara Muhammad Zulfikri Shah bin Akasyah untuk menyampaikan perkongsian pengalaman beliau dalam bidang berkaitan.

Beliau sempat berpesan supaya menggunakan masa sebaiknya dalam mempertajamkan ilmu di mana sahaja berada dan menasihatkan pelajar supaya menjaga hubungan dengan pencipta, ibu-bapa dan guru-guru. Beliau yang kini bekerja sebagai QC Inspection di NFS Engineering kemudiannya membuat sesi ramah mesra khas dengan para pelajar Kimpalan selepas solat isyak.

Skip to content