07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Perbincangan telah berlansung di antara pihak pengurusan ILP Pasir Gudang dengan beberapa orang wakil dari Syarikat Instruments Technology (Johor) Sdn Bhd pada 30 Januari 2024. Antara topik perbincangan termasuk program perantisan yang telah dijalankan di bawah MoU ditandatangani kedua-dua belah pihak sebelum ini di mana pihak institut melatih pelajar-pelajar dari bidang pemesinan untuk dihantar bekerja ke syarikat. Hasil perbincangan, pihak syarikat dan institut telah bersetuju untuk meneruskan kerjasama yang dijalankan.

Perbincangan lanjut akan diadakan bagi mengenalpasti bidang-bidang serta skop kerjasama yang akan dijalankan berdasarkan kepada keperluan kedua-dua belah pihak. Pihak syarikat juga telah melawat ruang latihan program perantisan dan telah menyumbangkan peralatan tangan yang akan digunakan di dalam program ini kepada pihak ILP Pasir Gudang.

Skip to content