07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Minggu Suai Kenal (MSK) Sesi 1/2024 telah berlansung selama empat hari bermula 29 Januari hingga 01 Februari 2024. Program ini merupakan usaha pihak pengurusan ILP Pasir Gudang untuk menyediakan mental dan fizikal pelajar-pelajar baru dengan menyusun pengisian-pengisian yang berguna kepada pelajar-pelajar baharu yang telah mendaftar tempohari.

Seramai 168 orang pelajar baharu turut serta dengan program Minggu Suai Kenal bagi Sesi 1/2024. Semua pelajar diberi pendedahan kepada latar belakang ILP Pasir Gudang dari segi organisasi, peranan institut, peraturan disiplin, tatacara pengajian, objektif, visi dan misi institut. Program MSK ini dikendalikan oleh pegawai ILP Pasir Gudang dengan dibantu oleh 23 orang fasilitator terdiri daripada pelajar senior.

Skip to content