07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Unit Kecemasan dan Pengungsian Bangunan ILP Pasir Gudang telah mengadakan Taklimat Keselamatan Kebakaran & Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) Bil 1/2024 pada 31 Januari 2024 semasa Program Minggu Suai Kenal Pelajar Baru. Taklimat disampaikan pada jam 11.30 pagi oleh En Wan Mustaffa bin Hj Wan Mohamed Zain, penyelaras Briged Bomba ILP Pasir Gudang. Turut diadakan demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api.

Kemudian tepat jam 12.00 tengah malam, latihan fire drill melibatkan semua penghuni asrama dijalankan bagi memberi pendedahan khususnya kepada pelajar baru tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Latihan ini turut disertai Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts Dr Alina binti A Rahman @ Othman, Timbalan Pengerusi MSK 1/2024 iaitu Tn Hj Zuraidy bin Kadir dan 18 orang pegawai ERT ILPPG bersama warden asrama dengan kerjasama pihak Balai Bomba Pasir Gudang.

Skip to content