Semasa sesi perbincangan pada 30 Januari 2024, En Noresham bin Hj. Manaf (Ketua Jabatan Elektrik & Elektronik), Tuan Haji Azmi bin Sapuan (Ketua Program Teknologi Elektrik) dan Encik Zaini bin Kasrin (Ketua Bengkel Teknologi Elektrik) dari KV Tanjung Puteri telah menyuarakan hasrat mereka untuk menghantar pelajar-pelajar KVTP dalam bidang Elektrik ke ILP Pasir Gudang bagi mengikuti kursus jangka pendek bertujuan melengkapkan modul pembelajaran sepertimana kehendak dan keperluan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) dan NOSS baru SKM (F432-005-2:2019).