07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

PPD Pasir Gudang dengan kerjasama Lembaga Pelabuhan Johor telah menganjurkan Program Nation Building for Better Tomorrow pada 28 Januari 2024. ILP Pasir Gudang dijemput untuk memberikan ceramah berkenaan TVET serta persediaan untuk memasuki dunia TVET dan dunia pekerjaan. Ceramah disampaikan oleh Pegawai CESS ILP Pasir Gudang iaitu Tc Megat Muhamad Faizar bin Abdul Wahab kepada 85 orang pelajar Tingkatan 1 – 4 dari 35 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang. ILP Pasir Gudang menggunakan peluang ini untuk mempromosikan institut dan TVET amnya kepada para peserta bersama ILKA lain sekitar Pasir Gudang seperti Giat Mara, Kolej Vokasional dan Kolej Komuniti.

Skip to content