07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Perhimpuan Kakitangan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku, lagu JTM dan bacaan doa diikuti dengan pengenalan staf baru, En Azhari bin Mohamad, ucapan dari staf yang akan berpindah pada bulan Februari 2024, En Wan Mustaffa bin Hj Wan Mohamed Zain (ADTEC Melaka) dan En Jamian bin Ahmad (ADTEC Batu Pahat). Seterusnya, Sesi Taklimat Pentadbiran dan Kewangan yang disampaikan oleh Pn Norafidah binti Sulaiman, PPT (Kanan) ILP Pasir Gudang serta ucapan dan amanah tahun baru 2024 oleh YBRS Pengarah ILPPG, Ts Dr. Alina binti A. Rahman @ Othman sempena perhimpunan kakitangan.

Pengarah ILP Pasir Gudang juga telah menyampaikan ucapan tahniah bagi pencapaian sepanjang tahun 2023 dan turut menyentuh tentang amanat dari KP JTM mengenai konsep 5K yang diperkenalkan oleh YBM yang baru, YB En Steven Sim Chee Keong iaitu Komunikasi (dalaman dan luaran), Kesinambungan, Ketelusan (Tatakelola), Ketangkasan dan Kesatuan (Unity) untuk diamalkan dan diterapkan dalam pelaksanaan kerja seharian. YB Menteri juga menerapkan falsafah AES yang perlu kita hayati dan laksanakan dalam kerja seharian iaitu Awareness (Kesedaran), Educate (Mendidik) dan Services (Perkhidmatan). Puan Pengarah berharap agar semua kakitangan bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama dalam menjadikan ILPPG sebagai organisasi peneraju yang membangunkan tenaga kerja kompeten dan berdaya saing. Di akhir ucapan Puan Pengarah membuka peluang kepada kakitangan untuk berkongsi pendapat dan pandangan bagi meningkatkan lagi prestasi Institut.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah Amazing Race, cabutan nombor bertuah dan sambutan hari lahir kakitangan bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2024.

Skip to content