ILP Pasir Gudang dengan kerjasama Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor, PERKESO Negeri Johor, Persatuan Industri-industri Fondri & Kejuruteraan Johor Selatan (SJFEIA) dan Dewan Perniagaan & Perindustrian Tionghoa Johor Bahru (JBCCCI) telah menganjurkan Program Gerak Kerjaya MyFutureJobs Johor X ILP Pasir Gudang 2024 pada 21 Januari 2024 dengan disertai oleh 20 syarikat yang menawarkan 330 jawatan pelbagai bidang.
YBrs. En Shakib bin Ahmad Shakir, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia berkesempatan meluangkan masa turun ke lokasi program diiringi oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr Alina binti A. Rahman @ Othman. Sesi pertemuan bersama rakan strategik program iaitu Pengarah PERKESO Negeri Johor, En. Encik Tong Sing Chuang, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan (SMI) Johor, Pn. Tazrina binti Ahmad, En Low Kueck Shin KMN, Presiden Dewan Perniagaan & Perindustrian Tionghoa Johor Bahru (JBCCCI), En Lim Kok Kiong, Pengarah Bahagian Kebajikan & Komunikasi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghoa Johor Bahru (JBCCCI) serta Presiden Persatuan Industri-Industri Fondri & Kejuruteraan Johor Selatan (SJFEIA) juga En Ben Teo Gee Lian, Pengarah Pendidikan merangkap Presiden Belia Persatuan Industri-Industri Fondri & Kejuruteraan Johor Selatan (SJFEIA) telah diadakan bagi menzahirkan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
YBrs Tn KP JTM serta rakan strategik turut meninjau sesi temuduga yang berlangsung dan beramah mesra dengan wakil majikan dan calon-calon temuduga yang hadir. Seramai 353 orang calon hadir dengan sejumlah 680 sesi temuduga berjaya dijalankan dan seramai 74 orang calon telah berjaya mendapat pekerjaan manakala 311 orang calon lagi dipanggil untuk temuduga kali kedua.