07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang telah berjaya ditauliahkan sebagai OPITO Approval Centre pada 9 November 2023 yang lalu. Susulan itu, seramai 14 orang pengajar ILP Pasir Gudang terdiri daripada 4 orang OPITO Internal Verifier dan 10 orang OPITO Competence Assessor perlu melengkapkan portfolio bagi memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak OPITO.

Pihak JPDC (Johore Petroleum Development Corporation Berhad) diketuai oleh En Nazri telah hadir di dalam mesyuarat penyelarasan tersebut bagi membincangkan dan mengenalpasti status kemajuan bagi proses melengkapkan portfolio OPITO Competence Assessor (CA) dan Internal Verifier (IV) bidang Elektrik, Instrumen dan Mekanikal di ILP Pasir Gudang.

Pihak JPDC turut membincangkan status Corrective Action hasil daripada Initial Site Visit OPITO (ILP Pasir Gudang) pada 22 hingga 23 Oktober 2023 dan mesyuarat penyelarasan tersebut telah dapat memastikan proses pembangunan portfolio dilengkapkan mengikut garis masa yang ditetapkan. ILP Pasir Gudang sebagai OPITO Approval Centre dapat memenuhi kriteria 3.2 ( Staff Competence & Qualification) dan kriteria 4.2 (Trainng & Assessment) bagi Product Criteria OPITO.

Skip to content