ILP Pasir Gudang terlibat di dalam Program Corporate Social Responsibility (CSR) misi menyelamat mangsa banjir pada 9 Januari 2024 sehingga misi selesai. Staf ILPPG, En Mohd Farkhan bersama pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melibatkan hampir keseluruhan anggota PKOD Johor Bahru diberi tugasan menyelamat, memantau keadaan semasa dan tugasan di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memberi bantuan awal kepada mangsa banjir di dalam kawasan:
1) Kg Plentong Baru
2) Sk Tiram/ DewanRaya Sg Tiram
3) Kg Sentosa Damai
4) Kg Sentosa Darat
Bantuan memindahkan mangsa ke pusat PPS turut diberi. Sebanyak 96 keluarga dan 356 orang penduduk yang terdiri daripada warga emas, kanak-kanak, bayi, orang dewasa OKU dan wanita mengandung terkesan akibat banjir.