07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Teknologi Elektrik ILP Pasir Gudang telah menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena pembukaan Majlis Ijtima’i Madrasah Hayatul Islam Durian Tunggal pada 22 – 24 Disember 2023. Program ini melibatkan seramai 7 orang pelajar Semester 2 dan seorang pengajar pemantau. Antara aktiviti yang dijalankan seperti membuat pendawaian kipas dan lampu, pendawaian dan pemasangan soket, merentang kabel serta pendawaian sub switch board.

Impak di sebalik program CSR ini adalah untuk memberi peluang pelajar-pelajar menggunakan kemahiran yang ada bagi membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam merasai pengalaman kerja di lapangan. Pelajar amat teruja dapat memberi sumbangan khidmat kepada masyarakat dan seterusnya dapat menimba pengalaman berharga daripada program yang dijalankan.

Skip to content