07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Apresiasi Pelajar Semester Akhir Sesi 2/2023 telah dijalankan di Dewan Platinum, ILP Pasir Gudang. Majlis dimulakan dengan persembahan-persembahan pelajar dari setiap bengkel dan acara cabutan bertuah.

Pada jam 11.00 pagi, ketibaan dif-dif kehormat bagi acara kemuncak. Majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian Ybrs. Ts. Dr. Alina binti A. Rahman @ Othman, Pengarah ILP Pasir Gudang. Dalam ucapan, beliau menyarankan kepada para pelajar untuk sentiasa menjaga kesihatan. Beliau juga mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang akan menjalani peperiksaan akhir di ILP Pasir Gudang tidak lama lagi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik dari setiap bengkel kepada pelajar-pelajar yang terpilih dari segi kepimpinan, akademik, sahsiah diri serta penglibatan dalam pelbagai aktiviti di dalam mahupun di luar institut. Majlis diakhiri dengan persembahan terbaik pelajar, penyampaian hadiah utama cabutan bertuah dan sesi fotografi beramai-ramai di pekarangan Dewan Platinum.

Skip to content