07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Satu sesi lawatan dan perbincangan projek kerjasama antara JTM, ILPPG dan MMHE telah diadakan pada 20 Disember 2023. Sesi ini dihadiri oleh pihak pengurusan atasan JTM yang diketuai oleh TKP JTM, Ts. Kamaruzaman bin Haji Md Ali dan Pengarah Bahagian Kawalan Teknikal, Ts. Hj. Abu Sallehein bin Nordin, pihak pengurusan atasan ILPPG yang diketuai oleh Pengarah, Ts Dr Alina binti A. Rahman dan pihak pengurusan atasan MMHE yang diketuai oleh Tuan Badrol Izam bin Baharom.

Dalam sesi pertemuan ini, beberapa projek kerjasama antara ILPPG, JTM dan MMHE serta persetujuan untuk skop MOU antara JTM dan MMHE yang akan dibuat telah dibincangkan. Antaranya, pihak MMHE bersetuju untuk menyumbang peralatan dan kepakaran di dalam bidang kimpalan juga program keselamatan manakala pihak ILPPG akan menyediakan tempat dan ruang bagi pelaksanaan latihan untuk menyokong keperluan sumber tenaga kerja mahir di Syarikat MMHE dan PIPC Pengerang.

Sebelum sesi perbincangan dijalankan, pegawai-pegawai JTM dan MMHE dibawa melawat ke tapak bangunan baharu bengkel Kimpalan ILPPG yang sedang dalam proses penyiapan. Selepas itu, pihak ILPPG dan JTM dibawa melawat ke sekitar ???? MMHE bagi memberi gambaran lebih dekat mengenai operasi yang dijalankan oleh syarikat ini. Sesi pertemuan ini diakhiri dengan lawatan ke bangunan baharu ILPPG Kampus Senai yang akan mula beroperasi pada tahun 2024 bagi memgenalpasti potensi program yang boleh dilaksanakan bersama MMHE.

Skip to content