Bahagian Teknologi Pembuatan (Pemesinan) telah mengadakan lawatan industri ke Srimultec Engineering Sdn Bhd di Ulu Tiram, Johor yang merentasi pelbagai sektor pasaran seperti industri minyak dan gas, pengadun, fabrikasi produk, acuan dan perkakasan, peralatan semikonduktor, industri automasi dan banyak lagi. Syarikat ini menggunakan pelbagai mesin dan peralatan dalam penghasilan produk seperti mesin CNC kisar, CNC larik dan pelbagai mesin konvensional yang menepati silibus Teknologi Pembuatan (Pemesinan).
Lawatan ini disertai 24 orang pelajar Semester 3 dan diiringi Puan Hasimah binti Kamal, En. Khairul Hafiz bin Ab. Wahid serta Cik Nabilah Nadhirah binti Abdul Halim (pelajar intern). Aktiviti ini memberi gambaran sebenar kepada para pelajar mengenai keadaan di industri dan akan menjadikan para pelajar lebih memahami keperluan dan kehendak industri masa kini.