07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Promosi ILPPG telah menyertai Majlis Apresiasi Program Baca Literasi Alaf Baru Karnival Pendidikan & Kerjaya anjuran SMK Simpang Renggam pada 10 Disember 2023. Majlis dirasmikan oleh YAB Datuk Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi, Menteri Besar Johor yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi DUN Machap.

Pempamer dari IPTA, IPTS, ILKA dan ILKS sekitar Johor serta-serta pelajar-pelajar Tingkatan 5 dari 4 buah sekolah berhampiran iaitu SMK Simpang Renggam, SMK Seri Machap, SMK Dato’ Abdul Rahman Andak dan juga SMK Dato’ Ibrahim Majid dihimpunkan di bawah satu bumbung bagi memberi pendedahan dan pengenalan tentang pusat-pusat pengajian tinggi dan kemahiran ini kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Skip to content