Seramai 4 orang auditor EKSA dari IKBN Bandar Penawar hadir ke ILPPG pada 11 Disember 2023 bagi menjalankan semakan dan memberi khidmat nasihat berhubung perlaksanaan EKSA di ILP Pasir Gudang. Auditor membuat semakan terhadap semua komponen yang terlibat dengan pengauditan EKSA dan telah memberikan beberapa teguran serta khidmat nasihat sebagai penambahbaikan bagi persediaan menghadapi Audit Pensijilan EKSA yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan oleh pihak MAMPU.