07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Sanjungan Budi, Apresiasi Staf 2023, Perpisahan dan Perhimpunan Kakitangan ILP Pasir Gudang Bil 6/2023 dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku dan bacaan doa dikuti pengenalan staf baru Puan Zatulmaharah binti Baian@Byin serta ucapan Pengarah ILPPG sempena perhimpunan kakitangan. Pengarah ILP Pasir telah menyampaikan amanat dan ucapan tahniah kepada staf bagi pencapaian sepanjang tahun 2023 dari pelbagai sudut; pencapaian KJP, pertandingan, prestasi perbelanjaan, rasionalisasi kursus di ILPPG bagi bidang Teknologi Automotif dan Teknologi Kimpalan termasuk makluman berkaitan cawangan ILPPG@Senai. Di akhir ucapan Puan Pengarah membuka peluang kepada kakitangan untuk berkongsi pendapat dan pandangan bagi meningkatkan lagi prestasi institut.

Majlis turut meraikan pegawai ILP Pasir Gudang yang akan berpindah iaitu En Abdul Kahar bin Rahman (ILP Mersing) dan Puan Azroyliza binti Aradi (JPK Ibu Pejabat Putrajaya). Seterusnya, agenda Majlis Apresiasi bagi tahun 2023 yang merupakan acara tahunan dan inisiatif berterusan daripada pihak pengurusan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan semua kakitangan ILP Pasir Gudang. Pemilihan anugerah dibuat berdasarkan kelayakan dan kriteria bagi setiap 33 kategori pengiktirafan. Acara kemuncak, Majlis Sanjungan Budi bagi pegawai Ts. Ramaiah a/l Veerayah yang bersara pada 16 Disember 2023 dan En Mohd Mohayadi bin Abd Rahim yang akan bersara pada 1 Januari 2024.

Skip to content