07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Seramai 30 orang peserta turut serta di dalam program yang dijalankan pada 8hb Disember 2023 (Jumaat). Program telah dianjurkan oleh Biro Kebudayaan & Kesenian KSDK ILPPG dan Masjid Sendayan menjadi tempat persinggahan pertama bagi jelajah warisan ini. Masjid yang diberi jolokan senibina seumpama Taj Mahal ini dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019. Masjid ini mampu menampung sehingga 5000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Rombongan meneruskan perjalanan jelajah ke persinggahan kedua di Muzium Negeri Sembilan yang terletak di bandar Seremban. Berlatarbelakangkan senibina Minangkabau, 2 buah replika rumah Minangkabau menjadi rumah contoh kepada rumah warisan adat turun temurun bagi pengetahuan masyarakat masa kini. Persinggahan terakhir jelajah di Kuala Pilah iaitu Muzium Istana Seri Menanti tempat Pameran Alhambra daripada Sepanyol diadakan. Diharapkan, dengan program ini dapat menambah sedikit sebanyak pengetahuan umum berkenaan sejarah dan warisan setiap negeri di dalam Malaysia.

Skip to content