07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Perhimpunan Pelajar ILPPG Bersama Pengarah Bil. 6 Tahun 2023 telah diadakan di Dewan Kuliah Utama pada jam 8.00 pagi dimulakan dengan taklimat disiplin oleh Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan Penyelia Asrama, Encik Mohd Aliff bin Yasak. Kemudian Ybrs. Ts Ramaiah a/l Veerayah, Timbalan Pengarah Operasi memberikan sedikit ucapan dan kata-kata semangat kepada semua pelajar sempena persaraan beliau tidak lama lagi. Majlis diserikan lagi dengan ucapan dan amanat Ybrs. Ts Dr. Alina binti A. Rahman @ Othman, Pengarah ILPPG.

Seterusnya penyampaian sijil dan hadiah bagi perbarisan dan aktiviti sempena kemerdekaan, Minggu Bahasa Inggeris, Pertandingan Inovasi serta TikTok Inovasi yang telah disempurnakan oleh Ybrs. Puan Pengarah. Akhir sekali, pemenang pertandingan nyanyian Minggu Bahasa Inggeris telah membuat persembahan bagi menghiburkan kesemua yang hadir. Majlis bersurai pada jam 10.45 pagi.

Skip to content