07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Unit Strategik Modal Insan Johor telah menjemput ILP Pasir Gudang sebagai pempamer di Karnival TVET Johor 2023 pada 26 November 2023. ILPPG telah membawa projek-projek hasil kerja pelajar dan pengajar dari bahagian-bahagian tertentu untuk dipamerkan kepada awam di reruai yang disediakan selain promosi Jom Masuk ILPPG bertujuan untuk memberi pendedahan, memperkasakan keperluan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia. Program berjalan dengan meriah dan objektif tercapai dengan kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Johor.

Skip to content