07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program Latihan Asas Kebombaan Siri 1 Sesi 2/2023 anjuran Briged Bomba dan Penyelamat (BPP) ILP Pasir Gudang telah diadakan pada 23 – 24 November 2023 bertempat di ILP Pasir Gudang. Program selama 2 hari ini disertai seramai 99 orang pelajar BPP ILPPG Sesi 2/2023 dan dikendalikan oleh penyelaras BPP ILPPG. Program ini dapat melengkapkan setiap peserta dengan ilmu secara teori dan amali asas kebombaan.

Para peserta dapat mempelajari asas kawad kaki, sains kebakaran dan mengenali alat pemadam kebakaran serta kegunaannya. Di samping itu, peserta didedahkan dengan kesedaran bahaya kebakaran, tatacara pengungsian bangunan serta teknik asas kawad hos. Program ini telah melengkapkan modul pembelajaran kokurikulum BPP ILPPG dan melahirkan ahli BPP Unit ILPPG yang mempunyai pengetahuan serta keyakinan dalam mengendalikan situasi kecemasan.

Skip to content