07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program Simulasi APM PISPA ILP Pasir Gudang Sesi 2/2023 telah diadakan pada 24 – 25 November 2023 bertempat di Kem Nurjannah Eco Resort Pekan Nenas, Pontian, Johor dan disertai oleh 64 orang pelajar, 7 orang penyelaras APM PISPA ILPPG dan 2 orang fasilitator Nurjannah.

Objektif utama program adalah latihan simulasi Asas Pertahanan Awam ke arah kesiapsiagaan dalam menghadapi kecemasan dan bencana untuk diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat. Menerusi program yang dijalankan ini, para peserta didedahkan dengan simulasi asas menyelamat di air, asas kemahiran hidup di hutan dan asas kawad kaki.

Sepanjang program dijalankan para peserta juga didedahkan dengan aktiviti ketahanan fizikal dan mental menerusi aktiviti larian berhalangan, war game, team building, jungle trekking dan night walk.

Skip to content