07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kem Latihan Asas Keselamatan dan Pertolongan Cemas Sesi 2/2023 anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia Unit ILP Pasir Gudang telah diadakan pada 23 – 24 November 2023 bertempat di El-Dhuha Campsite Pekan Nenas, Pontian dan disertai seramai 43 orang pelajar BSMM ILPPG. Program yang dikendalikan oleh fasilitator perunding dan penyelaras BBSM ILPPG ini mendedahkan setiap peserta secara teori dan amali terhadap asas pertolongan cemas dan menyelamat.

Para peserta diajar tentang asas pertolongan cemas bagi kecederaan luka dan pendarahan, balutan dan pembalut, praktikal anduh, kecederaan tulang dan usungan, CPR dan juga kawad kaki. Di samping itu, peserta juga didedahkan dengan aktiviti ketahanan fizikal dan mental menerusi aktiviti seperti Treasure Hunt, Walk Night dan Find & Solve It. Program ini telah melengkapkan modul pembelajaran kokurikulum BSMM ILPPG dan melahirkan ahli unit BSMM ILPPG yang mempunyai pengetahuan serta keyakinan dalam mengendalikan situasi kecemasan.

Skip to content