07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Karnival Pendidikan Johor Madani Edufair telah diadakan di SK Abdul Rahman Yassin Kluang pada 23 November 2023 dan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kluang En Ali @ Zainalabidin bin Syed Mohamed.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kluang, Ketua Kampung serta agensi TVET sekitar Kluang dan Johor Bahru. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Majlis Perbandaran Kluang, Yayasan Perbandaran Kluang, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, syarikat-syarikat korporat dan JPKK Kg Dato Abdul Rahman Yassin.

Pihak ILP Pasir Gudang mengambil peluang ini mempromosi serta memperkenalkan ILP Pasir Gudang dan TVET kepada komuniti di sekitar Kluang. Seramai lebih kurang 200 orang pengunjung telah memeriahkan karnival tersebut.

Skip to content