Sesi perbincangan bersama pihak SMI, Perkeso dan Persatuan Industri Foundri & Kejuruteraan Johor Selatan telah diadakan pada 15 November 2023 bagi penganjuran Karnival Kerjaya di ILP Pasir Gudang. Cadangan tarikh karnival adalah pada 21 Januari 2024 dan akan disertai oleh 30 industri di bawah Persatuan Industri Foundri & Kejuruteraan Johor Selatan.