07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program Discovery Petronas @ Schools anjuran Petronas telah diadakan pada 6 November 2023 bertempat di IKBN Bandar Penawar, Kota Tinggi. Program ini disertai oleh kira-kira 150 orang pelajar Tingkatan 4 sekolah menengah sekitar Kota Tinggi dan Pasir Gudang yang mengambil MPEI/ PVMA/ MPV – Teknikal di sekolah.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah sesi Ice Breaking, perkongsian pengalaman dalam bidang TVET oleh pakar teknikal dari PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd (PRPC), perkongsian perjalanan kerjaya oleh pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, sesi promosi agensi-agensi TVET yang terlibat termasuk ILP Pasir Gudang serta permainan berkaitan STEM dan TVET di reruai pameran yang di sediakan.

Skip to content