07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang menganjurkan Program Perkhemahan Motivasi dan Perpaduan Pelajar Moral Sesi 2/2023 bertempat di Kem Nurjannah Eco Resort, Pontian, Johor. Program ini diadakan selama 2 hari 1 malam bermula 3-4 Nov 2023. Seramai 33 orang pelajar moral telah turut serta dengan bimbingan Penyelaras Pelajar Moral ILPPG, Pn. Ts. Kavitha Palaniappan.

Pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal dan mental dijalankan sepanjang program ini, antaranya sesi Ice Breaking, Jungle Trekking, Obstacles & SPA Lumpur, War Game, Water Confident, Night Walk, Camp Fire dan Survival Challenge. Menerusi program ini, para pelajar dapat meningkatkan jati diri dan disiplin di samping meningkatkan keyakinan juga moral diri selain dapat membina semangat kerja berpasukan yang utuh bagi menghadapi alam pembelajaran dan pekerjaan kelak.

Secara umumnya, program ini dapat membantu para pelajar mengenali kekuatan dan kelemahan diri dalam mengatasi cabaran-cabaran yang wujud di sekitar mereka.

Skip to content